Strategi Permainan Poker

Strategi Permainan Poker

Poker merupakan salah satu permainan kasino klasik yang terkenal. Terdapat pelbagai pilihan laman poker Malaysia yang boleh anda lawati untuk mencuba permainan ini dengan sendiri. Akan tetapi, permainan ini memerlukan kemahiran dan strategi poker yang mantap untuk memastikan pulangan yang lumayan daripada setiap pusingan poker yang anda mainkan.

Sebagai pemain poker baru, anda perlu mengasah kemahiran anda dalam strategi-strategi asas poker. Berikut adalah beberapa strategi poker asas yang boleh anda gunakan sebagai pemain poker yang baru sahaja berjinak dengan permainan ini.

Mengenalpasti Tangan Poker Anda

Tangan poker atau lebih dikenali sebagai “poker hands” merupakan salah satu kriteria yang paling penting dalam permainan situs qq deposit pulsa.  Teori asas tangan poker adalah anda perlu memainkan tangan anda sepertimana anda akan bermain jika dapat melihat kad lawan anda, dan jika pihak lawan memainkan tangan mereka dengan cara yang berbeza daripada apa yang mereka akan mainkan jika dapat melihat kad anda, kemenangan akan berpihak kepada anda. Agen Bola Terbesar

Terdapat 3 peraturan asas dalam mengenalpasti tangan poker anda :

  • Anda perlu mengatur 5 kad terbaik anda menggunakan kad yang ada di tangan serta di atas meja poker.
  • Kesemua 5 kad akan menentukan kekuatan tangan tersebut.
  • Tiada kad lain selain 5 kad terpilih yang boleh memberi kesan kepada kekuatan tangan poker anda.

Mengenalpasti Kebarangkalian Permainan

Dalam setiap permainan poker, anda akan dapat melihat tiga jenis kemungkinan yang boleh berlaku. Ianya adalah kemungkinan “pot”, kemungkinan tersirat serta kemungkinan poker. Ketiga-tiga kemungkinan ini akan memberikan anda gambaran mantik tentang kad-kad yang mungkin ada pada pihak lawan dan bagaimana anda boleh memanipulasikan permainan untuk menang.

Kemungkinan “pot” adalah nisbah saiz “pot” keseluruhan dengan jumlah taruhan yang perlu dibuat untuk kekal dalam “pot”. Misalnya, jika anda kemungkinan “pot” 4:1, anda perlulah menaruh 20% peratus dari jumlah taruhan semasa untuk mendapatkan 80% peratus darinya. Untuk menang, kemungkinan kemenangan anda perlulah sentiasa lebih dari nisbah kemungkinan “pot” anda.

Kemungkinan tersirat adalah lebih rumit. Di sini, pemain akan cuba menganggarkan jumlah taruhan akhir yang akan ada di dalam “pot” pada akhir permainan. Setelah dapat menganggarkan jumlahnya, pemain akan dapat menentukan jumlah yang ideal untuk ditaruhkan agar dapat memenangi potongan terbesar dari “pot” yang ada.

“Bluffing” dan “Slow-Playing”

“Bluffing” dan “slow-playing” merupakan dua kaedah pemanipulasian kebenaran dalam poker. Dengan dua taktik ini, anda akan dapat mengatur cara permainan semua pemain di meja poker supaya mereka bermain dalam cara yang spesifik untuk membolehkan anda mencapai kemenangan. Tujuan utama taktik pemanipulasian ini adalah untuk memastikan yang pemain lain akan memainkan tangan poker mereka dalam cara yang berbeza berbanding dari jika mereka boleh melihat kad anda.

Baca Juga:  Cara Daftar Judi Poker Idn Terbaru Bersama Situs Idnplay Terbaik

Taktik “bluffing” adalah gerakan pemain untuk meletakkan pertaruhan yang tinggi pada tangan poker yang lebih rendah, dengan harapan untuk menyebabkan pemain lain menggelarkan “fold” bagi tangan poker yang lebih tinggi nilainya. Variasi “bluffing” atau “semi-bluff” adalah di mana pemain akan menaruh dengan tinggi pada tangan poker yang tdak begitu kuat tetapi boleh diperbaiki dalam pusingan-pusingan seterusnya. Ini dilakukan untuk menyebabkan pemain lain dengan kad yang lebih rendah nilainya untuk menggelarkan “fold”.

Taktik “slow-playing” pula melibatkan taruhan yang kecil bagi tangan poker yang tinggi nilainya untuk memberi gambaran bahawa kad anda merupakan tangan yang lebih kecil nilainya. Ini akan menyebabkan pihak lawan meninggikan pertaruhan mereka dan ini secara tidak langsung, akan meninggikan jumlah taruhan dalam “pot” tanpa anda perlu mengeluarkan modal yang tinggi untuk mendapatkan pulangan.

Membaca Pemain Lain

Dengan membaca gerak-geri dan corak permainan lawan, anda akan dapat mengenalpasti kad-kad dalam tangan mereka dengan perkiraan dan kemungkinan yang mudah. Pada kebiasaannya, seseorang hanya akan memainkan kad mereka dengan agresif setelah beberapa tangan poker diedarkan, dan ini bermakna bahawa kad mereka berkemungkinan kad yang bernilai tinggi.

Bagi permainan poker dalam talian atau “live poker” pula, pemprofilan pemain lain melibatkan stereotaip yang dikenalpasti daripada sejarah permainannya dengan pemain-pemain lain yang mempunyai ciri-ciri yang seakan-akan sama. Contohnya, pemain-pemain berumur akan sentiasa memainkan tangan poker mereka dengan lebih ketat dan stereotaip ini boleh dipanjangakan kepada pemain-pemain berumur yang lain. Bagi orang -orang muda pula, permainan mereka akan lebih agresif jika mereka mahir membaca dan memanipulasikan kebarangkalian permainan poker mereka.

Posisi Pemain

Posisi pemain di meja poker juga merupakan faktor penting dalam pengaturan strategi poker. Kebiasaanya, pemain yang duduk di posisi pertama, iatu posisi di mana mereka perlu melakukan gerakan pertama dalam permainan, perlulah mempunyai tangan poker yang lebih kuat untuk memastikan kemenangan mereka jika dibandingkan dengan pemain-pemain lain. Ini kerana terdapat kemungkinan bahawa pemain selepas itu akan mempunyai tangan poker yang bernilai lebih tinggi.

Kedudukan terakhir di meja poker adalah yang paling bermanfaat. Ini kerana anda akan dapat memerhatikan gerak-geri pemain lain bagi setiap pusingan dan ini akan dapat memberikan gambaran yang baik tentang kad-kad yang mungkin ada dalam tangan mereka. Tambahan pula, pemain dengan tangan poker yang rendah tetapi berada pada posisi terakhir akan mempunyai peluang lebih untuk terus bermain berbanding jika mereka mempunyai kad yang sama tetapi berada pada posisi pertama.

Comments closed

Recent Posts

Categories

Archives